Powered By Blogger

Tuesday, August 31, 2010

ISO 9000



PENGERTIAN
  • Standard bertulis yang menetap dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan. 
  • Memastikan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan dapat menepati spesifikasi yang ditetapkan untuk produk atau perkhidmatan tersebut pada setiap kali ianya dihasilkan.   
  • Untuk kepastian kualiti di mana prinsip asas ialah "pencegahan dan bukan pembetulan setelah berlaku kesilapan".


KONSEP






STRUKTUR





ELEMEN
  
20 elemen asas sebagai tunjang sistem kualiti:
  1. Tanggungjawab Pengurusan
  2. Sistem Kualiti
  3. Semakan Kontrak
  4. Kawalan Rekabentuk
  5. Kawalan Dokument dan Data Perolehan
  6. Perolehan
  7. Kawalan Produk yang Dibekalkan oleh Pelanggan
  8. Identifikasi dan Kemudahkesanan Produk
  9. Kawalan Proses
  10. Pemeriksaan dan Pengujian
  11. Kawalan Peralatan Pemeriksaan, Pengukuran dan Pengujian
  12. Status Pemeriksaan dan Pengujian
  13. Kawalan Produk yang Tidak Memenuhi Keperluan yang Ditetapkan
  14. Tindakan Pembetulan dan Pencegahan
  15. Pengendalian, Penyimpanan, Pembungkusan, Pemeliharaan dan Penghantaran
  16. Kawalan Rekod-rekod Kualliti
  17. Audit Kualiti Dalaman
  18. Latihan
  19. Khidmat Susulan
  20. Teknik-teknik Statistik  
 


PRINSIP
  • ISO 9000 ialah standard untuk sistem kualiti dan bukan standard bagi produk atau perkhidmatan.   
  • ISO 9000 berasaskan kepada dokumentasi. Prinsip ini menekankan kepada: dokumenkan apa yang dibuat; buat apa yang didokumenkan; dan buktikan.  
  • ISO 9000 menekankan pencegahan (prevention) dan bukan pembetulan (remedial). Mencegah masalah berlaku dan bukan mengatasi masalah selepas ianya berlaku.  
  • ISO 9000 ialah satu standard menyeluruh (universal). Ia hanya mengutarakan keperluan asas secara umum manakala cara pencapaiannya akan ditentukan oleh organisasi sendiri. Fokusnya ialah `apa yang perlu diadakan dan tidak bagaimana hendak melakukannya.



FAEDAH 
  • Mengurangkan tindakan pembetulan diambil selepas berlakunya sesuatu masalah dan dengan ini mengelakkan pihak pengurusan daripada terpaksa melibatkan diri dalam aktiviti operasi harian. 
  • Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu diambil. Ini dapat dicapai melalui perancangan yang dibuat sebelum sesuatu tugas dilaksanakan dan menyediakan prosedur, standard serta garis panduan untuk mambantu staf mengetahui tugas sebenar yang perlu dilakukan.
  • Memberi kaedah bagi mendokumentasikan secara tersusun amalan-amalan pengurusan dan cara-cara bekerja. Dokumen ini boleh dijadikan asas untuk program latihan kepada staf serta asas bagi penambahbaikan prestasi.
  • Membolehkan staf menjalankan tugas dengan betul pada kali pertama dan setiap kali (right the first time and everytime) melalui penyediaan arahan kerja, kawalan berkesan, sumber yang sesuai dan mencukupi, latihan, motivasi dan persekitaran yang memberangsangkan.
  • Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah-masalah daripada berulang. Ini dilakukan dengan mewujudkan langkah-langkah bagi mengesan tindakan-tindakan yang tidak mematuhi  amalan dan spesifikasi, mengenalpasti puncanya dan merancang serta melaksanakan tindakan pembetulan.
  • Membolehkan organisasi membuktikan bahwa kualiti perkhidmatan yang diberikan dan sistem bagi menghasilkan perkhidmatan itu adalah terkawal. Ini dilakukan dengan cara mengenalpasti, mewujudkan dan menyenggara rekod-rekod aktiviti yang mempunyai kesan keatas kualiti.
  • Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan kawalan dokumen.

No comments:

Post a Comment