Powered By Blogger

Thursday, September 2, 2010

Safety First !!!





Definisi Kemalangan:

Mengikut kamus webster Kemalangan:

• peristiwa atau keadaan yang tidak di jangkadan dirancang
• peristiwa malang yang berpunca daripada kecuaian dan kejahilan;
  atau
• peristiwa yang berlaku secara tidak sengaja atau akibat sebab
  tidak diketahui

Definisi Kemalangan:

Dalam konteks pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ialah “urutan peristiwa yang tidak dijangkakan dan tidak dirancang, berlaku melalui gabungan beberapa sebab lalu mengakibatkan kecederaan atau kemudaratan (kecederaan dan penyakit) kepada individu, kerosakan harta benda, kemalangan nyaris, kehilangan atau gabungan kesan diatas.”


Faktor Penyebab Kemalangan:

• Persekitaran contoh kebisingan, kepanasan, pencahayaan,asap,   
  cuaca buruk dan sebagainya
• Rekabentuk contoh mesin, peralatan, tapak kerja dan sebagainya
• Sistem dan prosedur contoh manual alat, prosedur kerja, 
  peraturan makmal dan sebagainya
• perlakuan manusia contoh perlakuan tidak selamat, cuai, tidak 
  mengikut peraturan


Jenis-jenis Kemalangan:

• kecederaan (samada maut atau tidak)
• kerosakan harta benda
• penyakit pekerjaan
• kemalangan nyaris


Untuk kenalpasti penyebab, perlukan:

• urutan peristiwa menjurus kepada berlaku kemalangan contoh 
  arahan-arahan, sistem kerja, keadaan tempat kerja dsbnya.
• fakta kemalangan itu sendiri contoh mereka yang terlibat,  

  peralatan yang digunakan, aktiviti kerja-kerja dsbnya
• fakta yang relevan berkenaan dengan apa yang berlaku selepas   
  kemalangan 




CARA PEMAKAIAN DIBENGKEL



No comments:

Post a Comment