Powered By Blogger

Friday, September 3, 2010

5's'

APA ITU 5S?

SEIRI (SISIH)
  • Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya
SEITON (SUSUN)
  • Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
SEISO (SAPU)
  • Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas
SEIKETSU (SERAGAM)
  • Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
SHITSUKE (SENTIASA AMAL)
  • Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya


BAGAIMANA MENJAYAKAN 5S

Penglibatan Semua Kakitangan
  • Semua kakitangan di dalam pertubuhan mesti melibatkan di dalam program 5S
  • Semua kakitangan harus memahami 6 sebab munasabah program
5S harus diamal di tempat kerja iaitu

1. tempat kerja yang bersih mempunyai PRODUKTIVITI tinggi
2. tempat kerja yang bersih mempunyai MUTU tinggi
3. tempat kerja yang bersih mengurangkan kos
4. tempat kerja yang bersih memastikan PENGIRIMAN tepat pada masanya
5. tempat kerja yang bersih adalah tempat kerja yang SELAMAT
6. tempat kerja yang bersih mempunyai SEMANGAT PERANSANG yang tinggi


HASIL YANG DIJANGKA DARI PROGRAM 5S

Pengurangan Kos
  • Mengurangkan inventori 
  • Menghalang salah letak peralatan dan perkakas
  • Menghalang kebocoran minyak, tenaga, bahan mentah dan lain-lain
Kecekapan
  • Mengurangkan penggunaan kawasan/tempat 
  • Penghapusan pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah
  • Mempermudahkan kawalan
Penyelenggaraan
  • Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan yang ada
  • Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin dan peralatan
  • Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan barangan
Kualiti
  •  Meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan atau perkhidmatan
Keselamatan
  • Menghapuskan keadaan yang merbahaya
  • Memperbaiki keadaan tempat kerja 
  • Menghapuskan tempat kecedraan dan kemalangan
  • Mengurangkan kesilapan dan kecuaian
  • Mematuhi peraturan-peraturan
Motivasi
  • Perhubungan yang baik antara kakitangan 
  • Membentuk disiplin yang baik 
  • Membentuk semangat kerjasama dan kerja berkumpulan

No comments:

Post a Comment